Sunday, 20 October 2013

Istikharoh Chenta Buat Ustazah

    Masih lagi segar dalam naluri saat perkenalan suatu ketika dahulu sewaktu di grade 9th.. Kau kelihatan online didalam dunia MLife dan aku cuba menepis ego untuk menyapa dirimu dan kau membalasnya dengan ramah serta senyuman.. Dari situlah mula timbul rasa bahagia dan detik pertama bermula dan seterusnya.. Walau jurang antara kita antara Johor & Selangor tetapi kita dari rumpun yg sama.. Islam, Melayu, sebaya & JAWA.. Kau satu-satunya yg menggelarku dengan nama “ustaz” sedangkan aku pelajari erti “istikharoh chenta” darimu.. Menerka hati yg tersembunyi berteman malam yg sunyi penuh Doa.. Berbicara denganmu adalah sebahagian perkara yg terindah kerna kita saling memahami, tidak menyemburui dan kita amat sekepala.. Kau tidak seperti yg lain kerna kau selalu ceria, tidak berduka & tak pernah hambar membuat jenaka.. Tambahan pula kau tak cantik tapi solehah, kau tak mengancam tapi muslimah dan kau tak bongkak namun mempunyai sifat keibuan..

    Hampir 5 tahun menjalani satu Ukhwah tanpa Mahabbah & aku menghilang tanpa sebarang khabaran semenjak di alam kolej kerna tak mahu mengganggu kerjayamu.. Mungkin kerna aku tidak pernah berterus terang, meninggalkan sebarang janji serta kata putus.. Aku akui aku agak gentar serta ego yg menggunung tetapi aku terlalu yakin dan telah meletakkan dikau di Marqham yg tinggi kerna ku yakin dikau punyai ciri-ciri yg mampu menambat hati seorang ibuku serta mampu mengasuh & mendidik Zuriatku suatu masa nanti.. Harapanku agak menggunung walau tempohnya memang agak lama tambahan mustahil & kerna itu aku menyepi mendiam diri dari banyangmu tanpa sebarang khabaran dan janji kerna menyedari bahawasanya diriku tidak matang.. 

    Kini, kau menjadi mahar yg amat berharga dan bakal yg HALAL buat seseorang setelah setahun tanpa berita.. Aku terharu & tumpang gumbira walau agak mengejut.. Aku bukannya TUHAN untuk mendendam hatta menyemburui.. Tetapi agak terkilan kerna dikau tiada khabaran.. Aku disini mendoakan kebahagiaanmu bersamanya & mengharap bahawasanya ada sepucuk jemputan Walimatul Urus darimu untuk ku nescaya aku dapat bersua dengan mu untuk yg PERTAMA kalinya.. Sehingga kini aku gementar mungkin juga disulam ego yg melonjak sehinggakan tidak berani menge”like” gambarmu di pesbuk serta memberi ucapan tahniah kerna tak ingin dikau rasa bersalah..

    Pada hari ulang tahun mu yg ke-20, aku mula rasai sesuatu yg agak janggal.. Firasatku menyatakan sesuatu yg musykil serta was-was.. Tetapi aku hanya bersangka positif dan ternyata firasat ku amat benar.. Selalunya dikau akan menelefonku pabila tiba hari ulang tahun mu tetapi tahun ini tiada.. Aku berbicara denganmu melalui waksep tetapi tindakbalas yg diberi agak lambat tidak seperti dahulu kala.. Pada tanggal 16 Oktober, Allah menggerakkan naluriku untuk membuka sesawang pesbuk milikku yg sudah lama hampir 11 bulan aku tidak menyelaknya & tentang dirimu yg mengungguli temlen.. Kelihatan gambar dikau memegang sejambak bunga, berbaju kurung biru cair bertudung merah jambu dan bersolek.. Aku cuba membaca satu persatu komen serta jawapan yg dikau beri.. Ternyata dikau bakal milik seorang pujangga secara halal..

    Masih bermain lagi didalam imaginasiku tentang peristiwa kita hampir bertemu buat kali yg pertama sewaktu di grade 11th di Masjid Shah Alam.. Ketika itu aku menyertai rombongan kelasku sewaktu di Johor Bahru.. Tetapi,, program itu terbantut dek kerna ibumu melarangmu.. Aku sedikit pun tidak rasa kecil hati atau terkilan.. Malah aku sokong pendapat ibumu kerna risau akan dirimu.. Lagipun kita bukan Muhrim sedangkan kau aku saling menyukai tetapi malu-malu kambing.. Aku dapat rasakan firasatku menyatakan yg dikau punyai perasaan yg sama kerna ramai rakanmu mengenaliku.. Dan pernah salah seorang dari mereka menyakat tentang kita kepadaku..

    Kini Ukhwah antara kita lebih berbatas demi menjaga hati insan yg amat bertuah.. Tiada lagi gurau senda, saling membahan, saling gelak ketawa, bergayut telefon, menghantar gambar dan sebagainya.. Hanya boleh bertanya khabar.. Aku harus mengundur diri demi kebahagiaan dikau.. Dia lebih berhak bersamamu, memilikimu, melindungimu kerna aku masih lagi khilaf, laghaa, alfa, tidak matang & tiada masa hadapan yg tetap dan jelas.. Aku yakin lelaki itu bukanlah calang-calang kerna dikau berlatar belakangkan dari keluarga yg baik, bergaul dgn orang baik serta berkerjaya yg baik..

    Andai ku punyai zuriat insya Allah suatu masa nanti akan ku beri nama serupa denganmu jika jantinanya perempuan..  Satu nama Teman Setia & Naluriku berkata.. Jika lelaki pula akan ku beri namanya Adam Zachery sama seperti nama yg engkau suka jika punyai zuriat lelaki supaya dapat mencontohi serba sedikit sifat & akhlakmu serta sedikit sebanyak mengingati daku akan dirimu.. Aku mungkin malu, gusar serta segan meluahkan pada keluarga serta rakan tetapi aku tidak akan malu menceritakan tentang dirimu pada zuriat-zuriatku kelak..

    Aku mungkin jenis yg suka memendam rahsia serta rasa tetapi aku bukanlah pendendam.. Memendam perasaan amatlah perit.. Aku mungkin dikenali sebagai seorang yg tiada perasaan serta masalah tetapi hakikatnya tiada manusia yg dicipta Allah sebegitu hina.. Mungkin dengan mengarang puisi yg panjangnya amatlah melitupi bidang 16 ini serba sedikit insya Allah dapat meredakan hati ini.. Niatku bukanlah menceritakan yg buruk tentang dirimu malah aku ingin semua tahu dirimu yg sempurna bagiku.. Maafkan daku jika mengabaikan dikau serta menyimpan kenangan bersama dirimu.. Doaku mengiringi majlismu dari selatan tanah hingga ke pelabuhan.. Aku bermohon serta berdoa pada Ilahi semoga aku dapat melupakan kenangan antara kita serta “move-on” dgn secepat mungkin.. Biarlah aku dgn dunia serta masa depan yg aku cipta sendiri berdasarkan takdir serta ikhtiar.. Sesungguhnya penantian luahan rasa, teguh satu pilihan..


    Ya Allah, sesungguhnya menyukai hak orang itu adalah tidak bagus dan membuat milik orang menyukai kita adalah berdosa.. Kau kuatkanlah imanku semoga tidak merindui hingga separuh nafasku.. Kau mungkin bukanlah yg non-muhram pertama yg aku kenali, bukan juga non-muhram yg pertama rapati, bukan juga non-muhram yg menjadi peluang utama, bukan juga non-muhram yg pertama aku abaikan.. Tetapi,, dikaulah non-muhram yg terunggul duduk di Carta Hati serta terpahat dalam Sajadah Chenta.. Inni Uhibbuka Fillah.. Selamat tinggal cita-cita anganku.. Mabrouk 'alaik & Ma’assalamah..